Thursday, February 2, 2017

# Cik Amiera Travel # Korea 2nd Trip (2016)

KOREA TRIP - Seoul Day 3 (K-Guesthouse & Namsan Tower)

Assalamualaikum..

Okay, day 3 kami dah sampai Seoul dalam pukul 11.00 pagi dari Busan pukul 5.40 pagi..kat Korea nih yang bestnye Train dieorang sangat punctual..kat Malaysia belum cukup punctual sangat lagi..hahaha

sampai Seoul Station, kami terus amek subway ke K-Guesthouse Insadong 2..dari Seoul Station amek Line 1 ke Jonggak Station (Exit 4)..masa mula2 sampai kiteorang amek salah exit 3, jadi jenuh nak angkat beg naik tangga, dengan kena melintas jalan lagi..jauh dari exit 4 tau, so kalau korang naik subway, make sure amek exit yang betul..kalau tak memang jauh lah korang kena menapak..

sampai guesthouse awal sebelum waktu check in, so letak beg je dulu..owner bawak tour kat dalam guesthouse tu & bawak tunjukkan jalan nak pergi balik guesthouse..memandangkan ade sejam lebih lagi sebelum check in, kami decide nak lepak kat Holly's Coffee je..this one my fave coffee shop kalau kat Korea..^_^

kat sini lah revised itinerary & banyak tempat skip sebab macam tak cukup masa plak rasa nya..lepas sejam lebih, balik guesthouse untuk check in & rehat...Ya Allah, memang penat sangat duduk sini..stamina kena kuat kalau nak berjalan sendiri tanpa tour guide..
dah lepas penat, siap2 nak g Namsan Tower je..sebab dah malam..hihih..kami decide jalan kaki nak ke Namsan, dari jauh nampak je Namsan tu..last2 masuk 7E, tu pun kawan nak cucuk duit & terus tanya pekerja 7E cara nak ke Namsan...dah alang2 die pun dah habis kerja, die bawakkan kiteorang & ajar nak naik bus ke Namsan..TQ to him, sampai jugak Namsan tapi..ade tapi tau..hahaha

ingatkan bus tu sampai atas betul, rupanya kat bawah je, menapak lagi panjat bukit sebelum sampai kat cable car..fuhhh, sumpah penat..dah sampai atas memang penat giler tapi berbaloi sebab scenery cantik...kalau tahun lepas datang sini waktu siang, so tak berapa sangat..:)
dah habis round kat Namsan, naik cable car & then naik Namsan Orumi plak..tak sanggup daku nak turun bukit hoiiii...Namsan Orumi ni die connection antara Namsan Cable Car dengan Namsan Turnel 3..

sampai bawah, konon nak carik subway station...pusing2 tak jumpa jalan nak balik, berjam jugak jalan..Ya Allah, dugaan sangat2 duduk sini..jalan2 sampai Myeongdong Market tapi sampai je dah banyak kedai tutup...dugaan lagi..dengan sejuknya lagi, last-last keluar gigih juga nak carik subway tapi malangnya dah pukul11 lebih, subway pun dah tutup..malang sungguh harini..pusing-pusing tempat macam sama tapi bukan, nak menangis rasa kat situ..

berapa kali pusing pun tak tau, sampailah member nampak satu bangunan yang familiar area guesthouse tu..at last lepas berjalan lama sampai jugak kat guesthouse, masuk bilik masing-masing terdampar dah dek kepenatan..tak sedar dah lelap pukul berapa sampai ke pagi..

seriusly, i'm very bad with manual map & direction..tapi kalau guna apps, insyaAllah boleh..hihih..

selesai hari ke3 kat Korea, phewww..banyak lagi hari nak kena ingatkan balik nih..huhuh.. ^_^

okay, till then guys..

UPDATE : KLIK SINI - KOREA DAY 4

No comments: