♥Mr. Nuffnang♥

Wednesday, November 2, 2016

Meet and Greet Team Suri Hati Mr. Pilot..

Assalamualaikum..

Excited nak cerita..hahaha..31 Oktober 2016 akhirnya dapat jugak jumpa Neelofa, i am not Lofa Team tapi i suke tengok Lofa..shantekkk sangat..:)

actually member ajak pergi, tu pun sebab die menang contest kat Astro Circle, RM120 tau kalau nak beli tiket...ai tak mampu uolss..hihih

sampai GSC Pavilion, register..dapat merchandise Suri Hati Mr. Pilot..makan, then masuk hall..untuk Meet & Greet ni dieorang buat tayangan ep.13 sampai ep.15 untuk episod minggu akhir..exclusive giler rase, belum tayang kat tv, kite dah tengok dulu..:) duduk dalam wayang yang sedih pun boleh gelak2 dieorang tu..

semua lead ade kecuali Johan si Bff Ejaz Fakhri..actually, miera dah lama sangat2 tak melayan drama melayu..memilih nak tengok drama melayu, sebab i'm more to Korean drama..:) kalau sebelum ni layan Dia Semanis Honey sebab Siti Nordiana...now layan Suri Hati Mr. Pilot sebab Neelofa, aci tak..?hihih...sebab dah lame sangat tak tengok Lofa berlakon..

habis 3 episod, dieorang buat lucky draw..habis lucky draw baru sesi bergambar plak..yang part ni best tapi yang tak bestnye staff amekkan gambar tak cantikkkk...stress kite tau...T_T nak selfie tak bagi plak, tolong amekkan ntah pape plak..huisshh..
we are here.. :)
Team Suri Hati Mr. Pilot..Neelofa (Warda Erina), Fattah Amin (Ejaz Fakhri), Adriana Adnan (Jannah, bff Warda), Ben Amir (Muslim), Azar Azmi (Humaira), Eleena Lui (Inara), Fahad Iman (Rafeeq, adik Warda)..
Hye Lofa..mase ni tak ingat dah nak tegur Mr. Pilot..sorry Fattah, sebab kite dah nampak Lofa je..nasib baik Alvin aka Johan aka Dokter Cinta takde, kalau tak silap2 Lofa pun tak nampak dah time nih..kikiki
Love u Jan Jan Jannah...hate u abg Mus but seriusly Ben did a great job..:)

Nilah kalau minta tolong orang amekkan, mata nak lelap pun bolehlah janji dua nih cantik..hihi
Hye Rafeeq..u're so sweettttt..:p
Habis event, terus jalan kaki pergi Times Square nak makan Dubuyo..plan asal nak makan Seoul Garden kat Sunway Putra Mall tapi dah lewat sangat nak ke sana, jadi jawapannya penyelesaiannya g Times Square je..korean jugak tu Dubuyo..kwang kwang kwang.. :)

Sinopsis Novel Suri Hati Mr. Pilot
 
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?