♥Mr. Nuffnang♥

Sunday, July 28, 2013

Iftar Dengan Officemate on 16th Ramadan..

Assalamualaikum..

tak banyak pun nak cerita sebabnya ofismate kite ramai chinese, dieorang pun macam tak berapa nak sporting sangat sebabnya bos pun tak sporting..bos duduk sebelah je masing2 dah jadi tikus mondok..bhahaha :)

Iftar kali ni kami pergi Double Tree by Hilton (Makan Kitchen)..mahal na mamm tapi kami datang makan je yang bayar bos, muahaha..apa lagi bedallah..makanan boleh tahanlah tapi tak sebanyak kat tempat bos belanja makan tahun lepas (kes lupa nama hotel,hihi)..tak sebanyak kat Allson Klana Seremban jugak tapi yang penting dapat makan, alhamdulillah..banyak jodoh kat Double Tree ni, huhu..:)

 port harus, bhahaha..jakun sekejap masuk toilet ni, bersih jugak lah..:)

 ini budak malu malu tapi mahu..super duper tembam & cute, geram ya ampun..:)

kenapa aku senyum macam tu?sebabnya kat tepi tu ade opismate yang mengganggu konsentrasi aku katanya "haa, amek gambar senyum tunjuklah gigi" kuangjaqqqq..hahaha


aku jarang berjalan atau keluar pakai skirt labuh, kebiasaan outfit aku jeans jeans and jeans..boringggg!!! that day aku berjaya memuslimahkan diri aku dengan skirt lycra labuh, yipiieeee..:) and macam best plak pkai skirt ni kan, lain kali lain masa nak pakai skirt lagilah,hihi..


p/s : tengah buat calculation nak beli barang-barang raya..:)



Lagu Raya Evergreen

Assalamualaikum..

wooo, sedar tak sedar dah 19 hari kita berpuasa..lagi 10 hari lagi nak raya, masa nak beli baju raya lah gamaknya ni kan..:) weee, sekarang mood nak raya je dah..radio pun dah start putarkan lagu raya..tv pun dah ada iklan raya..

masa masa nilah nak dengar & simpan lagu raya dalam phone, siap buat ringtone lagi..*baik mengaku siapa yang selalu buat tiap tiap tahun..? tahun ni tahun ke-25 aku beraya single lagi (perlu ke mention?cehh!!) arghh, pedulik ape ku nak bagitau jugak..kihkih, seronok sebenarnya raya single ni..*okay, ini tipuuuuu!!!makkkk, nak kawinn..:)

okay!!stop nonsense, back to tajuk entry "Lagu Raya Evergreen"..ni yang best ni, duduk rumah sorang sorang ape lagi, pasang speaker kat phone bukak lagu raya kuat kuat..syahduu, rasa sekarang jugak nak balik duduk kampung tapi malangnya ada lagi seminggu nak kerja..phewww..okay, meh nak kongsi lagu raya yang aku selalu dengar..mungkin sama dengan korang mungkin jugak tak..yelah, citarasa setiap orang kan berbeda..hihi

LAGU RAYA EVERGREEN..
  1. Aisyah - Pulanglah
  2. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa
  3. Anuar Zain ft Elina - Suasana Hari Raya
  4. Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
  5. Dayangku Intan - Senandung Hari Raya Untuk Mu
  6. Dj Dave - Menjelang Hari Raya
  7. Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya
  8. Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
  9. M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
  10. P. Ramlee - Dendang Perantau
  11. Rahimah Rahim - Selamat Hari Raya
  12. Saloma - Selamat Hari Raya
  13. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri
  14. Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
  15. Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal
  16. Siti Nurhaliza - Meriah Suasana Hari Raya
  17. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
  18. Siti Nurhaliza - Bila Hari Raya Menjelma
  19. Siti Nurhaliza - Suara Takbir
  20. Sudirman - Balik Kampung
banyak lagi lagu raya yang lain tapi ni antara yang selalu aku download & upload dalam phone..seriusly, kadang kadang sampai 2 minggu pasang ringtone raya, hikhik..and aku antara ribuan jutaan peminat Dato Siti Nurhaliza & sebab itulah jugak nama dia paling banyak dalam senarai tu..lagu dia memang wajib ada dalam phone aku tiap-tiap tahun..:) 

till then, Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka Guys..:)