♥Mr. Nuffnang♥

Sunday, July 17, 2011

Buku Baru ~ Kerana Mu Aku Berubah..

Assalamualaikum..
       as usual hari Jumaat hari yang paling best sebab lelaki sekalian alam pergi sembahyang jumaat dan mak cik-mak cik amik kesempatan diatas kesempitan hidup untuk berSHOPING sakan..tempat biasa yang Miera biasa pergi dengan Auntie Mas and Auntie Wand, tak lain tak bukan Jusco lah tak pun Tesco..but hari ni Jusco lah..kenapa with Auntie sebab diaorang ni semua mak -mak budak..sorang mak budak sorang mak buyung..hahaha, larikkkk..!
      kebiasaan mak cik-mak cik pergi Jusco mesti nak shoping, haaa shoping sangatlah kek dalam ni..^_* shoping tetttt..^_^ after shoping Auntie Wand a.k.a mak buyung, ajak pergi MPH bookstore..haaa, kau hado.?huhu, tak pernah kot sebelum ni hari jumaat masuk MPH..=p mak buyung nak cari colouring book untuk anak dia..miera tak mengekor pun tapi nilah masanya nak cari pasal kat MPH buku baru untuk di beli..just survey je dulu, duitnya belum ada lagi..buku yang miera cari karya Ruhana Zaki tajuk dia Kerana-Mu Aku Berubah..sebelum ni pun miera dah pernah beli buku cikgu ni juga..^_^ tak caya tengok kat SINI.. meh, miera share sikit sinopsis dari buku ni..^_^


Sinopsis : 


Saat kugapai kasih-Mu
Barulah kutahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku tersasar dari jalan-MU
Dan kini... dalam sujud aku menyerah
Taubatku hanya untuk-MU, ya ALLAH

Kerana-Mu Aku Berubah mengajak  kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. ALLAH S.W.T sudah ada janjinya. Yakinlah ... DIA sentiasa menyediakan jalan pulang. Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh. Disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.



No comments: