Saturday, July 30, 2011

KFC O.R Quarter Chicken..

July 30, 2011 2 Comments
Assalamualaikum..
       gaji kali ni dapat je terus belanja mak cik makan KFC..ingatkan nak pergi MCD tapiiiii asyik-asyik MCD..bosan..sekali sekala dua kali dua kala, makan KFC plak nak nak ada promotion baru kan..terus je order yang baru tanpa ragu-ragu..^_* KFC O.R Quarter Chicken..hehe



       tengok sedap je kan..memang sedaplah tapi balck pepper sauce tu jelah, ayam dia biasa je rasa masin plak tu..haishh, rasa macam rugi plak order O.R ni..baik amik Snack Plate je, tontu lak arah eyh..hehe..

Sunday, July 17, 2011

Buku Baru ~ Kerana Mu Aku Berubah..

July 17, 2011 0 Comments
Assalamualaikum..
       as usual hari Jumaat hari yang paling best sebab lelaki sekalian alam pergi sembahyang jumaat dan mak cik-mak cik amik kesempatan diatas kesempitan hidup untuk berSHOPING sakan..tempat biasa yang Miera biasa pergi dengan Auntie Mas and Auntie Wand, tak lain tak bukan Jusco lah tak pun Tesco..but hari ni Jusco lah..kenapa with Auntie sebab diaorang ni semua mak -mak budak..sorang mak budak sorang mak buyung..hahaha, larikkkk..!
      kebiasaan mak cik-mak cik pergi Jusco mesti nak shoping, haaa shoping sangatlah kek dalam ni..^_* shoping tetttt..^_^ after shoping Auntie Wand a.k.a mak buyung, ajak pergi MPH bookstore..haaa, kau hado.?huhu, tak pernah kot sebelum ni hari jumaat masuk MPH..=p mak buyung nak cari colouring book untuk anak dia..miera tak mengekor pun tapi nilah masanya nak cari pasal kat MPH buku baru untuk di beli..just survey je dulu, duitnya belum ada lagi..buku yang miera cari karya Ruhana Zaki tajuk dia Kerana-Mu Aku Berubah..sebelum ni pun miera dah pernah beli buku cikgu ni juga..^_^ tak caya tengok kat SINI.. meh, miera share sikit sinopsis dari buku ni..^_^


Sinopsis : 


Saat kugapai kasih-Mu
Barulah kutahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku tersasar dari jalan-MU
Dan kini... dalam sujud aku menyerah
Taubatku hanya untuk-MU, ya ALLAH

Kerana-Mu Aku Berubah mengajak  kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. ALLAH S.W.T sudah ada janjinya. Yakinlah ... DIA sentiasa menyediakan jalan pulang. Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh. Disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.



Saturday, July 16, 2011

Farah Anuar Dan Johan Selamat Diijab Kabulkan..

July 16, 2011 0 Comments
Assalamualaikum..
       hari ni buka-buka blog je ada nampak satu cerita kat ohbulan! pasal Farah Anuar atau yang orang kenal sebagai Farah brip brip..hehe..Miera pun baru tau hari ni..^_* meh layan sikit gambar Farah..

cantikkan Farah punya kad kawin..^_^

Majlis Berinai..



 cantik Farah pakai tudung..^_^ sweet..

Nota tangan ~ nak tengok banyak lagi klik OHBULAN!

Credit to Ohbulan!

Saturday, July 2, 2011

Mix Entry

July 02, 2011 0 Comments
Assalamualaikum..
       dua tiga hari ni macam-macam hal yang jadi..semalam dapat berita ayah kawan Miera (Su Lily) meninggal petang semalam..arwah pak cik tu kawan baik arwah ayah Miera juga..kiteorang memang rapat sampai sekarang..T_T lepas Zuhur hari ni baru selesai upacara pengkebumian..selesai satu hal..
       esok plak ada kenduri rumah pak cik saudara, kang kalau tak pergi tak kenal saudara plak nanti..manalah tau admire admire rupanya terEdmire ke saudara sendiri..tak ke naya tu..huhu..
        hari ni dapat belajar benda baru..eyh, chup chup..bukan hari ni semalamlah..dok asyik bercerita pasal Imam Muda terbaca plak kat Facebook Heliza Helmi dia ada share something yang selalu kita guna pakai dalam keadaan seharian kita..macam ni....

Salam,instead of saying:
~ "Hello" ,let's say "Assalamualaikum",
~ "Thanks-JazakAllah Khairan",
~ " Tc Bye- "Fee Aman Allah",
~ " Ok-InsyaAllah", 
~ "I am fine-Alhamdulillah",
~ "Great-MasyaAllah",
~ "Wow-SubhanAllah".. :)

p/s Heliza ~ we try to practise all this words.. practise become habit..




Nota tangan ~ takziah untuk seluruh kaum keluarga Su Lily and harap korang pun dapat sedekahkan Al-Fatihah juga untuk arwah..