♥Mr. Nuffnang♥

Wednesday, May 11, 2011

Tragedi 10 Buah Kenderaan..

Assalamualaikumm..
      sekarang ni selak paper tiap-tiap hari akan ada berita mati lemas lar, kemalangan maut lar, kes tikam-tikam..semalam plak dapat tau ada accident kat Jalan Mahsan-Bahau tapi tak dapat full story..Ya Allah, tempat selalu Miera lalu kalau nak balik rumah sewa masa study dulu..hari ni baca paper full page pasal accident tu..Ya Allah, tak sangka sangat-sangat kat situ akan berlaku accident..kalau nak diikutkan kat situ memang persimpangan bahaya walaupun ada trafic light, dengan tempat laluan kereta api lagi..memang bahaya sangat, kalau siapa-siapa yang duduk atau lalu kat situ memang akan tahu lar..
      tak sangka salah seorang korban dalam kemalangan tu budak junior Kolej Komuniti lepas setahun Miera habis study..sayang sangat, arwah tak sempat nak habiskan final year..dah ajal arwah..sedih sangat, walaupun Miera tak kenal arwah tapi simpati tu tetap ada..nak-nak Miera pun bekas student KK Jempol..sejak baca paper pagi tadi, Miera fikir dah macam tradisi plak tiap-tiap tahun akan ada salah seorang student accident dan meninggal..dulu Tariq, accident teruk juga sampai patah kaki tapi boleh diselamatkan lagi..Alhamdulillah..lepas tu tengok kat Friendster plak ada abang Senior Miera accident patah kaki teruk juga..lepas pada batch Miera dua orang accident meninggal tapi kat area kawasan tempat asal arwah..dah lama tak dengar, now dengar lagi..Ya Allah, sedih sangat..bila difikirkan balik, Tuhan dah tetapkan ajal seseorang tu..kita yang hidup ni kena bersyukur kita masih bernafas walupun kita sering lalai and kita pun tak tahu cara kita meninggal nanti macam mana plak..
      apa-apa pun Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga korban nahas 10 buah kenderaan tu..Al-Fatihah..nak maklumat lanjut korang boleh klik kat SINI...


Nota tangan ~ adik bongsu mangsa lemas kat Ulu Bendul minggu lepas masih tak jumpa lagi..Miera lalu UB masa balik kampung hari tu pun dieorang masih giat dalam usaha mencari..Ya Allah, harapnya cepatlah dapat jumpa..

2 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

Al Fatihah utk sahabat2 yang telah pergi...

hana said...

takziah tuk segala musibah...
(-_-)