♥Mr. Nuffnang♥

Monday, April 25, 2011

Sabar Itu Istana Iman..

Assalamualaikumm...
         Tak suka baca boleh pangkah saja, tak salah rasanya kalau nak tulis entry yang mengingatkan diri sendirikan..tapi kenapa ada orang yang gelak bila Miera tulis entry-entry macam ni..?hoi, blog aku suka hati aku lar nak tulis apa pun..tak suka kau boleh pangkah tanda merah tu..bwerkk..okay-okay, pedulikan suara-suara halus tu..lantak kau lar..
        Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia. kalau nak ditengok dari kehidupan seharian kita dari pagi sampai ke tutup mata nak tidur malam, mesti ada perkara yang memerlukan kita bersabar betul tak? kata pujangga, Sabar itu istana iman yang mana bila kita ditimpa bencana kita tidak akan mengeluh. ada hikmahnya setipa dugaan dan cabaran tu. sabar dalam ketaatan dibahagikan kepada tiga fasa : 

  • Fasa pertama ~ sabar sebelum beramal meliputi niat dan keikhlasan melakukan amal ibadat.
  • Fasa kedua ~ sabar ketika beramal, iaitu selalu mengingati Allah SWT dan bersungguh-sungguh melakukannya.
  • Fasa ketiga ~ sabar selepas beramal dengan menahan diri daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak, ujub dan penyakit-penyakit hati. 
           kalau nak sebut senang je..sabar sabar dan sabar lagi tapi nak buat tu susah. kita sendiri yang dalam situasi tu je yang tau and dapat nilai sejauh mana tahap kesabaran kita. sebab tu adanya kata pepatah, berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. dua perkara yang patut kita pegang masa dan ketika menghadapi musibah, ialah :
  • kita kena redha dengan musibah yang datang
  • yakin setiap musibah ada hikmahnya sebab Allah SWT tak menjadikan sesuatu tu sia-sia..
          sebelum ni Miera cuma tau ucapan 'inna lillaahi wa innaa ilaihi raji'un' kita sebut masa orang meninggal je tapi sebenarnya boleh baca juga masa kita ditimpa musibah, musibah kecil atau besar. 

Kita minta kepada Tuhan setangkai bunga segar
DIA beri kaktus yang berduri
kita minta kupu-kupu
diberi ulat berbulu
kita sedih dah kecewa
namun kemudian...
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
yang sangat cantik.
Itulah jalan TUHAN
indah pada masanya
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan
kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka
tapi jauh diatas segala-galanya
DIA sedang mengatur yang terbaik dalam 
kehidupan kita.


4 comments:

nur anis said...

sabar tu boleh buat kita jadi kuat...:)

♥ LuRveLyAmiera ♥ said...

anis ~ betul2x..tapi kadang2x tak boleh sabar juga..hehe

♥LyNnDa♥ said...

sabar je la kn...hidop kena byk bsbr...kn miera kn...klu idop xde ksbrn tu mcm ne plak?

♥ LuRveLyAmiera ♥ said...

Lynnd ~ wahh, tetibe panggil kau lynnd plak kan..hehe..betul2x..kalau takde kesabaran, kite bako je..hahaha