♥Mr. Nuffnang♥

Monday, April 4, 2011

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010…

            Sebelum pukul 9 dah mengadap depan tv semata-mata nak tengok ABPBH 2010, cancel semua dating-dating..hahaha..ABPBH tahun nie menampilkan 2 orang pengacara iaitu K. Engku dengan Shira sama seperti tahun lepas cuma tahun nie ditambah dengan ZIzan RL..kombinasi yang agak sesuai ala-ala gedik santai masing-masing syok gila..(^_*) bertemakan Moden Klasik, acara pembukaan pun lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee dinyanyikan oleh gandingan Azlan & The Typewriter, Farhan AF, Ning Baizura dan Adira AF..antara artis lain yang menyampaikan lagu ialah Hujan, Ana Raffali bergandingan dengan wakil Suhaimi Meor Hassan bersama Altimate, Kumpulan NAJAZ yang terdiri daripada Nabil, Along, Johan, Angah dan Zizan, Yuna, Shima Bintang Idola BH bersama Alyah dan ratu rock Ella dan persembahan penutup oleh Dato’ Siti Nurhaliza meletoppp..(^_^)
           
Pemenang bagi ABPBH 2010 :
DUO/BERKUMPULAN ~ 6IXTH SENSE
ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR ~ ZIZAN RL
ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR ~ NOOR KHIRIAH
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR ~ FAIZAL ISMAIL
PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR ~ FARA FAUZANA
PELAKON TV LELAKI POPULAR ~ REMY ISHAK
PELAKON TV WANITA POPULAR ~ FASHA SANDA
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR ~ SHAHEIZY SAM
PELAKON FILEM WANITA POPULAR ~ LISA SURIHANI
PENGACARA TV LELAKI POPULAR ~ AZNIL HJ NAWAWI
PENGACARA TV WANITA POPULAR ~ FARA FAUZANA
KUMPULAN NASYID POPULAR ~ RABBANI
ARTIS BARU LELAKI POPULAR ~ SHAHIR AF
ARTIS BARU WANITA POPULAR ~ ANA RAFFALI
PENYANYI LELAKI POPULAR ~ FAIZAL TAHIR
PENYANYI WANITA POPULAR ~ YUNA
ARTIS MOBILE POPULAR ~ 6IXTH SENSE
ANUGERAH SEPANJANG HAYAT ~ DATO’ HAJAH ROSNANI JAMIL
ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2010 ~ SHAHEIZY SAM

            Antara yang jadi penyampai anugerah ialah Shah Jaszle bersama Shanaaz, Aeril dan Kamal Adli, AG Hot FM bersama Suraya dan Bintang Idola BH 2010, Ashraf bersama Shahir AF, Fizz Fairuz bersama Fasha dan Sharifah Zarina, gandingan Awan Dania iaitu Jehan Miskin bersama Dynaz dan Irma Hasmie, Sheera bersama Aida Khaleeda dan Aida Aris, Hans Isaac diapit oleh dua jelitawan iaitu Juliana Evans dan Natasha Hudson, pengarah Ahmad Idham bersama Raja Azmi dan Rita Rudaini, Anita Sarawak dan Faizal Tahir..penyampai bagi Anugerah Bintang Paling popular tu yang tak tahan, Usop Wilcha datang dengan Johan..siap buat lawak lagi memang syok gilalah, yelah mana taknya orang belakang tabir ABPBH tahun nie salah seorang pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah maybe juga sebab tu gimik Usop Wilcha datang umumkan Bintang Paling Popular tu..(^_^) lawak betul, rugi siapa yang tak tengok live kat TV3..hahahaha

Nota : sila klik pause pada mp3 player..

gimik dari Usop..^_*

pengumuman Sam sebagai pemenang..
persembahan penutup..



No comments: