Monday, April 25, 2011

Sabar Itu Istana Iman..

April 25, 2011 4 Comments
Assalamualaikumm...
         Tak suka baca boleh pangkah saja, tak salah rasanya kalau nak tulis entry yang mengingatkan diri sendirikan..tapi kenapa ada orang yang gelak bila Miera tulis entry-entry macam ni..?hoi, blog aku suka hati aku lar nak tulis apa pun..tak suka kau boleh pangkah tanda merah tu..bwerkk..okay-okay, pedulikan suara-suara halus tu..lantak kau lar..
        Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia. kalau nak ditengok dari kehidupan seharian kita dari pagi sampai ke tutup mata nak tidur malam, mesti ada perkara yang memerlukan kita bersabar betul tak? kata pujangga, Sabar itu istana iman yang mana bila kita ditimpa bencana kita tidak akan mengeluh. ada hikmahnya setipa dugaan dan cabaran tu. sabar dalam ketaatan dibahagikan kepada tiga fasa : 

  • Fasa pertama ~ sabar sebelum beramal meliputi niat dan keikhlasan melakukan amal ibadat.
  • Fasa kedua ~ sabar ketika beramal, iaitu selalu mengingati Allah SWT dan bersungguh-sungguh melakukannya.
  • Fasa ketiga ~ sabar selepas beramal dengan menahan diri daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak, ujub dan penyakit-penyakit hati. 
           kalau nak sebut senang je..sabar sabar dan sabar lagi tapi nak buat tu susah. kita sendiri yang dalam situasi tu je yang tau and dapat nilai sejauh mana tahap kesabaran kita. sebab tu adanya kata pepatah, berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. dua perkara yang patut kita pegang masa dan ketika menghadapi musibah, ialah :
  • kita kena redha dengan musibah yang datang
  • yakin setiap musibah ada hikmahnya sebab Allah SWT tak menjadikan sesuatu tu sia-sia..
          sebelum ni Miera cuma tau ucapan 'inna lillaahi wa innaa ilaihi raji'un' kita sebut masa orang meninggal je tapi sebenarnya boleh baca juga masa kita ditimpa musibah, musibah kecil atau besar. 

Kita minta kepada Tuhan setangkai bunga segar
DIA beri kaktus yang berduri
kita minta kupu-kupu
diberi ulat berbulu
kita sedih dah kecewa
namun kemudian...
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
yang sangat cantik.
Itulah jalan TUHAN
indah pada masanya
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan
kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka
tapi jauh diatas segala-galanya
DIA sedang mengatur yang terbaik dalam 
kehidupan kita.


Friday, April 22, 2011

Layan Lagu

April 22, 2011 0 Comments

It's Auburn 
And J.R. 

'Cause I'm all about him, him, him, him, him 
And he's all about me, me, me, me, me 
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang 
About nobody-e-e-e 

Well, had him shooting for me like a ball team 
Every guy was a knock out, Don King 
But not none of 'em had smarts, that's my thing 
It's not enough to have balls, Spalding, ha 
One day by Starbucks 
I bumped into a guy rocking black Chucks 
He said "Excuse me beautiful," I said, "Aww, shucks" 
And then he asked, "Well, ay, wanna grab lunch?" 

Never ever ever met a guy so fly 
Got me hooked like apple pie, I 
Think I'm falling and I don't know why 
But I won't fight these butterflies 

'Cause I'm all about him, him, him, him, him 
And he's all about me, me, me, me, me 
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang 
About nobody-e-e-e 

And I swear what we have is just super cool 
The way he's always in my head like a Bluetooth 
I got a text from him, he said come through 
Told me that he wants to kick it, Kung Fu 
Don't do nothing much at all 
Just we and his boys watching football 
He asked for a kiss (Muah) So I gave him two 
He said, "Well, thankyou, baby," I said, "You're welcome, boo" 

Never ever ever met a guy so fly 
Got me hooked like apple pie, I 
Think I'm falling and I don't know why 

But I won't fight these butterflies 

'Cause I'm all about him, him, him, him, him 
And he's all about me, me, me, me, me 
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang 
About nobody-e-e-e 

No, I don't need no fancy cars 
And I don't need no diamond rings 
My baby is all I need and more 
'Cause I don't need those extra things 

It's not about you (Oh-oh-oh-oh) (It's not about you) 
It's not about them (Oh-oh-oh-oh) (It's not about them) 
It's all about me (Oh-oh-oh-oh) (It's all about me) 
And it's all about him (Oh-oh-oh-oh) (It's all about him) 

Yeah, yeah, yeah, yeah 
Yeah, yeah, yeah, yeah 
Yeah, yeah, yeah, yeah 
Said it's all about him, yeah 

'Cause I'm all about him, him, him, him, him 
And he's all about me, me, me, me, me 
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang 
About nobody-e-e-e 

(Oh-oh-oh-oh) 'Cause I'm all about him 
(Oh-oh-oh-oh) 'Cause I'm all about him 
(Oh-oh-oh-oh) I'm all about him 
(Oh-oh-oh-oh) And we don't give a dang, dang, dang 
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you 
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you, boy 
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you 
(Oh-oh-oh-oh)

Tuesday, April 19, 2011

April 19, 2011 0 Comments
assalamualaikumm...
nak jenguk peserta GA hari tu macam tak sempat je, asyik-asyik nak buat itu nak buat ini..dah tak sempat nak BW kat blog dieorang..sorry kay...kejap lagi mak cik balik plak..sejak pergi kerja naik bus ni, terasa sangat penat..kat ofis pun rasa nak tidur je..tengok AutoCAD tu dah nampak macam tilam dengan bantal saja..hehe..k lah, nak out dah..nak makan pastu terus tidur..ecok nak bangun pagi lagi..hadoiiii...

p/s : sabar itu separuh dari iman..Miera pun tak dapat lagi payment dari En.TTM..oopsss, En. X TTM...yelah, sejak dah break ni susah nak tunggu dia bank in duit...(T_T) sorry, bertangguh-tangguh hadiah GA...

Sunday, April 17, 2011

Kasihmu Semerbak Firdausi..

April 17, 2011 6 Comments
Sinopsis
AYAH DAN IBU... pada mereka ada syurga buat kita. Jasa mereka tidak terhitung, bakti mereka tidak ternilai. Betapa makbulnya doa ayah ibu hingga kita mampu hidup bahagia. Namun, andai terguris hati kecil mereka, bisa membuka pintu kegagalan dan dosa. 


Di sebalik kesibukan kita mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang paling berjasa dalam sejarah hidup kita. Setitis air mata kesedihan ayah ibu yang tumpah kerana kita, beberapa langkah sudah terjarak kita daripada reda dan syurga-NYA. 



KASIHMU SEMERBAK FIRDAUSI mengajak kita menghayati betapa sucinya kasih ayah dan ibu. Hargailah mereka ketika denyut nafas masih dipinjam-NYA dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput dimamah bumi. Izinkan kenangan indah bersama insan rabbani ini terus hidup dalam jiwa kita. 



Ayah dan ibu ingin kulafaz jutaan terima kasih di atas kasih terindah, kasih yang melindungi



jomm, reramai beli buku nie..banyak sangat motivasi dalam buku nie..

Monday, April 11, 2011

1st Time Nak Test!

April 11, 2011 0 Comments
First time K.Mas bagitahu pasal First Grade Perfumes, tertanya-tanya juga..apakah.?lepas dia tunjuk website First Grade ni, tengok ada Kumpulan Nasyid Popular Rabbani sebagai Duta Produk..100% diusahakan oleh usahawan Muslim dan pekerja Islam..so ni first time test produk kesihatan sebenarnya, hehe..Miera baru nak test dua produk dari FG ni..Slimming Cream Perfumes dengan Cocoa Collagen with Honey Drink..^_^


~ Fungsi Cocoa Collagen :
*Melambatkan Proses Penuaan dgn membantu mencantikan kulit supaya lebih lembut , lembab dan licin. 
* Membantu sel-sel dalaman wanita yang keluar dan rosak sewaktu haid dan melahirkan anak 
* Membantu membina semula otot-otot dalaman wanita yang telah mengendur 
* Dapat merapakan kembali sistem peranakan wanita 
* Menghilangkan bau di bahagian sulit wanita dan keputihan 
* Membetulkan sistem pusingan haid 
* Membina sel-sel tulang 
* Membina sel-sel kulit yang mati dan rosak 
* Menghilangkan penyakit gatal-gatal kulit , kulit kering , bersisik dan berbau.

~Fungsi Slimming Cream :
* Sesuai untuk ibu lepas bersalin 
* Membakar lemak dalam badan dan selulit 
* Melegakan lenguh-lenguh sendi dan lutut 
* Selsema 
* Migrain 
* Lumpuh


Saturday, April 9, 2011

Kontroversi Memakan Diri..

April 09, 2011 0 Comments
Seminggu ni, cerita ABPBH tak habis-habis lagi..dari yang menang berturut-turut, 1st time menang, 1st time top 5 dan ada juga kekalahan yang dikaitkan dengan kontroversi yang boleh menjatuhkan artis..of cos lar entry Miera tertumpu pada abg den..hehehe..


kenapa Miera buat entry ni pun tak tahu lar, macam blur juga..hehe, tapi this is my blog so for those yang anti Nabil, korang boleh bla..tak payah nak baca tak payah nak tinggal komen atau jejak korang erk..anything i wrote here just my opinion..wahh, tetibe emo plak..nak kata Miera ikut perjalanan Nabil sejak dia menang RL tak jugalah, rasanya sejak tahun lepas kot baru ikut cerita dia..


tak banyak yang Miera tau pasal Nabil ni melainkan Raja Lawak 2 dan Artis Paling Popular BH, ada juga kontroversi sebelum Nabil amik award tu, mengelak dari soalan kisah putus cinta dia dengan Irma Hasmie, penyebaran gambar dia tu dan kes penyalahgunaan dadah..Miera tak amik port sangat kisah dia ni just baca sekilas je tapi Miera still support dia atas dasar lawak dia bukan kes kontroversi dia..maybe impak dari penyebaran gambar tu menyebabkan orang ramai lari dari jadi peminat dia..tak dinafikan juga 1st time tengok gambar tu kat oh!artis percaya juga tapi Nabil nafikan..ahh, tak kisahlah..bukan hak kita nak judge dia, bukan hak kita nak hukum orang lain..macamlah kita ni perfect sangat, even yang bercakap macam-macam tu pun belum tentu tak pernah buat salah..maybe orang tak nampak salah kita sebab kita bukan public figure macam Nabil tu kan..sepatutnya bagi full support kat dia bukan menjatuhkan lagi..ahh, lantak lar yang penting Miera support Nabil sebab dia Raja Lawak 2 and dia peserta Maharaja Lawak yang mana Miera sokong dia atas dasar lawak dia and dia orang Negeri Sembilan..yang lain tak penting pun..hahaha..


p/s ~ baru je tengok gambar tu..macam tak caya baru tengok, padahal kisah tu dah lama..yelah, orang tak reti buka internet..hahaha, tipu je..(^_^)v peace..!



Monday, April 4, 2011

Ape Yang Cun.?

April 04, 2011 1 Comments
sabtu lepas dah agak keboringan duduk rumah so ajaklah ateh pergi tengok wayang cerita Cun!..lakonan Maya Karin sebagai Luna Latisya dan Remy Ishak sebagai Atan..memang gelak tak hengat duduk dalam tue..cerita tue complete bukan hanya tertumpu pada kisah cinta je..kelakar ada sedih ada yang penting bersifat kekeluargaan tue yang penting..korang g lah layan cerita tue best sangat, tak rugi bayar RM12..huhu..


Sinopsis : ~


Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat. Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’.
Barisan Pelakon Filem Cun! : ~
Maya Karin : Luna Latisha (Pelakon Utama)
Remy Ishak : Atan (Pelakon Utama)
Faezah : Tom (Pelakon Pembantu)
Nadiyatul Nisaa : Manis (Pelakon Pembantu)
Kartina Aziz : Tok Chah (Pelakon Pembantu)
Ning Baizura : Candy (Pelakon Pembantu)
Jehan Miskin : Ryan Hidayat (Pelakon Pembantu)







ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010…

April 04, 2011 0 Comments
            Sebelum pukul 9 dah mengadap depan tv semata-mata nak tengok ABPBH 2010, cancel semua dating-dating..hahaha..ABPBH tahun nie menampilkan 2 orang pengacara iaitu K. Engku dengan Shira sama seperti tahun lepas cuma tahun nie ditambah dengan ZIzan RL..kombinasi yang agak sesuai ala-ala gedik santai masing-masing syok gila..(^_*) bertemakan Moden Klasik, acara pembukaan pun lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee dinyanyikan oleh gandingan Azlan & The Typewriter, Farhan AF, Ning Baizura dan Adira AF..antara artis lain yang menyampaikan lagu ialah Hujan, Ana Raffali bergandingan dengan wakil Suhaimi Meor Hassan bersama Altimate, Kumpulan NAJAZ yang terdiri daripada Nabil, Along, Johan, Angah dan Zizan, Yuna, Shima Bintang Idola BH bersama Alyah dan ratu rock Ella dan persembahan penutup oleh Dato’ Siti Nurhaliza meletoppp..(^_^)
           
Pemenang bagi ABPBH 2010 :
DUO/BERKUMPULAN ~ 6IXTH SENSE
ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR ~ ZIZAN RL
ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR ~ NOOR KHIRIAH
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR ~ FAIZAL ISMAIL
PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR ~ FARA FAUZANA
PELAKON TV LELAKI POPULAR ~ REMY ISHAK
PELAKON TV WANITA POPULAR ~ FASHA SANDA
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR ~ SHAHEIZY SAM
PELAKON FILEM WANITA POPULAR ~ LISA SURIHANI
PENGACARA TV LELAKI POPULAR ~ AZNIL HJ NAWAWI
PENGACARA TV WANITA POPULAR ~ FARA FAUZANA
KUMPULAN NASYID POPULAR ~ RABBANI
ARTIS BARU LELAKI POPULAR ~ SHAHIR AF
ARTIS BARU WANITA POPULAR ~ ANA RAFFALI
PENYANYI LELAKI POPULAR ~ FAIZAL TAHIR
PENYANYI WANITA POPULAR ~ YUNA
ARTIS MOBILE POPULAR ~ 6IXTH SENSE
ANUGERAH SEPANJANG HAYAT ~ DATO’ HAJAH ROSNANI JAMIL
ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2010 ~ SHAHEIZY SAM

            Antara yang jadi penyampai anugerah ialah Shah Jaszle bersama Shanaaz, Aeril dan Kamal Adli, AG Hot FM bersama Suraya dan Bintang Idola BH 2010, Ashraf bersama Shahir AF, Fizz Fairuz bersama Fasha dan Sharifah Zarina, gandingan Awan Dania iaitu Jehan Miskin bersama Dynaz dan Irma Hasmie, Sheera bersama Aida Khaleeda dan Aida Aris, Hans Isaac diapit oleh dua jelitawan iaitu Juliana Evans dan Natasha Hudson, pengarah Ahmad Idham bersama Raja Azmi dan Rita Rudaini, Anita Sarawak dan Faizal Tahir..penyampai bagi Anugerah Bintang Paling popular tu yang tak tahan, Usop Wilcha datang dengan Johan..siap buat lawak lagi memang syok gilalah, yelah mana taknya orang belakang tabir ABPBH tahun nie salah seorang pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah maybe juga sebab tu gimik Usop Wilcha datang umumkan Bintang Paling Popular tu..(^_^) lawak betul, rugi siapa yang tak tengok live kat TV3..hahahaha

Nota : sila klik pause pada mp3 player..

gimik dari Usop..^_*

pengumuman Sam sebagai pemenang..
persembahan penutup..