Friday, July 14, 2017

Sabah Trip - Day 1 (Sabandar Leisure Rides, 3D Wonders Museum - PART 1)

July 14, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Actually, draft post ni dah tertangguh 4 bulan tapi tu belum cukup lama compare dengan trip Korea & Singapore..dekat setahun baru nak tulis, semua bende dah banyak lupa..kikiki..so here the 1st post of my first trip to Sabah..😂

we depart on 3rd March at 7.35 in the morning with MAS..actually 3 month sebelum fly, kiteorang compare tiket Air Asia, Malindo and MAS tapi MAS yang paling murah date tu..so this time be my 2nd time fly with MAS..
  
heading to airport...

for those Malaysian yang tanya kenapa miera guna pasport walaupun dalam Malaysia..untuk Malaysian, ade dua option sebenarnya..boleh guna i/c, boleh guna pasport jugak..kalau guna i/c, masa kat airport KK, immigresen akan bagi satu slip untuk sepanjang korang kat Sabah..slip tu tak boleh hilang tau, sebab masa balik nanti dieorang akan cek lagi..tapi miera ni jenis clumsy, nanti tak tau letak mana, hilang ke ape slip tu dah tak boleh balik Semenanjung plak..T_T so miera decide guna pasport, kalau pasport die akan cop je macam kite g oversea.. 
tak tau kenapa, every time i fly..i always love this scenery...
ni antara reason why i love flying with MAS..

after a long flight, dalam 2 jam lebih macam tu, sampai kat airport Kota Kinabalu dalam pukul 10.10 pagi..we're going to find our tour guide yang dah tunggu kat airport untuk ke Kundasang..dalam sejam kalau dari city..
berhenti makan sebelum sampai Kundasang..

lepas makan, first stop kami Sabandar Leisure Rides.

1) SABAH LEISURE RIDES.
  
  
 Girls squad..~~^^

Bakau Park
Bakau Park ni dalam kawasan Sabandar ni jugak..kalau ikutkan orang yang bukan jiwa nature, Bakau Park ni takde bende pun nak tengok tapi for me, i love to be close with nature sebab rasa tenang je..Bakau Park ni kawasan besar jugak and ade few bench kat situ kalau korang nak posing2 kan..ade jugak Restoran Bamboo tapi sebabkan dah makan so takde lah nak explore restoran dah..hihihi

  

2) 3D Wonders Museum
3D Museum ni sebelah je dengan Rumah Terbalik, dalam satu kawasan tu..disebabkan Rumah Terbalik tu sekejap je so kiteorang decide nak skip je, ganti dengan 3D Museum..

okay, fine.!!!!

walaupun, nampak tak banyak tempat pergi trip KK nih tapi still rasa tak boleh sumbat semua dalam satu entry...so will continue the other places in next next next entry..ahahah


1) SABANDAR LEISURE RIDES

2) 3D WONDERS MUSEUM
WEBSITE : http://www.upsidedownhouse.com.my/3d-wonders-museum/

Tuesday, July 11, 2017

SEOUL PASS, SUBWAY AND OTHER'S APPLICATION [KOREA TRAVELLER]

July 11, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

hello..hai..annyeong..

kalau sebelum ni miera share pasal BOOKLET DISCOVERY KOREA YOUR WAY kan..kali ni miera nak share apps lain yang korang boleh guna untuk travel masa kat Korea..ni few apps yang miera sendiri guna masa kat sana..

1) SEOUL PASS


How to get the discount?
  • Visit www.seoultravelpass.com or download the app “Seoul PASS” on your mobile device from Apple App Store or Google Play Store.
  • Find your favorite items and add to the cart. Use the DKYW 2017 promotion code (DKYW2017) and get additional 5% discount.
yang ni miera guna sekali je, sebab nak beli tiket MBC WORLD..tu pun sebab MBC WORLD takde dalam booklet KTO..selain tu ada macam-macam coupon yang jugak..boleh tengok booklet KTO yang korang dah redeem dengan Seoul Pass, bezakan dulu sebelum guna sebab apa yang takde kat booklet ada dalam Seoul Pass, kalau yang lebih kurang sama miera suggest guna booklet je..so depends on tempat yang korang nak pergi jugak ye..😉

2) SUBWAY


miera guna yang kaler kuning tu..actually banyak choice untuk Subway ni tapi pada miera lagi senang guna yang tu..kat search box tu taip je SUBWAY KOREA, nanti banyak pilihan..

korang boleh tukar language & map Seoul, Busan, Daehu, Gwangju ke mana-mana lah yang korang nak guna kat setting tu..tapi sesetengah orang yang tak pandai guna apps, boleh je amek paper map tu..boleh amek kat station subway..

3) EXCHANGE RATE


yang ni just incase je tapi miera tak guna pun..malas nak kire-kire duit..rasa nak beli, beli je tak yah nak convert RM bagai..malas..dulu berkire-kire nak beli kasut Nike kat sana, rasa macam mahalnye nak keluar duit banyak tu tapi dah balik Malaysia menyesal weh..kalau tau memang amek je, pejam mata je sebab kat Malaysia memang belum ada pattern tu..stress akak tau..!!

3 apps ni yang miera guna masa travel ke Korea last year..lagi satu for muslim, korang boleh download lagi satu apps yang korang boleh guna untuk cari makanan halal kat Korea..bukan Korea je tau, Japan ade, Hong Kong dll..boleh tengok kat situ kalau korang nak plan trip naa..

4) #HaveHalalWillTravel (#HHWT)


#hhwt ni masa kiteorang pergi dulu, apps ni belum launch lagi so tak sempat nak guna..next time insyaAllah, boleh guna..~~^^

rasenye itu je kot buat masa nih...

have a safe flight & happy trip for those yang bakal pergi ke Korea..byeeee... 😘




Monday, July 10, 2017

Discovery Korea Your Way (DKYW) 2017 Campaign [FREE VOUCHER/COUPON BOOKLET]

July 10, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..
Annyeonghaseyo, joh-eun achim..😊

hai, for those yang nak travel ke Korea Selatan tu kan..miera nak share something yang korang boleh apply sebelum ke Korea..mungkin ada yang tahu pasal ni, mungkin ada yang juga yang tak tahu kan..

so harini miera nak share macam mana nak dapatkan booklet free untuk voucher & diskaun yang korang boleh guna masa kat Korea nanti..dalam booklet ni macam-macam promo ade tapi tak lah semua & yang paling penting T-Money korang boleh dapat free je so kat sana tak perlu dah nak beli T-Money, just topup je nanti..*melainkan tercicir kat sane macam kiteorang haritu terpaksa beli baru..T_T 

T-Money ni lebih kurang macam Touch 'n Go kite jugak cuma nye die advance sikit sebab boleh guna untuk tambang cab...😊 so kalau ada booklet ni memang banyak yang korang boleh jimat untuk entrance tiket, tiket bus macam-macam lah..last year miera pergi sempat guna dua je rasenye...biler balik Malaysia, rasa rugi sangat-sangat tak guna sebab kiteorang takde plan nak ke tempat tu..

selain T-Money, ade diskaun 30% untuk KTX, City Tour Bus, Sea Life Aquarium Busan and macam-macam lagi lah..jadi macam mana nak dapatkan booklet nih.? 

KLIK UNTUK KE WEBSITE KTO first of all korang kena register dulu untuk yang bukan member, kalau dah register just log in je..


then lepas Register & Log In, pilih TAB Tour & Packages, dia akan keluar 
Discovery Korea Your Way (DKYW) 2017 Campaign (ikutlah tahun biler korang apply naa)..


biler keluar page ni, korang just klik Survey yang sama macam yang miera bulatkan kat gambar atas ni..biler dah klik Survey tu akan keluar page baru..

Klik Start Now untuk jawab survey.
dah habis jawab survey, klik Submit Now
lepas tu KTO akan bagi Reference Code lepas dah habis jawab survey..then klik Email me survey reference tu..
check email korang ade dapat tak email dari KTO..

email ni korang kena print & bawa masa nak redeem..dan setiap satu reference code hanya untuk satu account KKC sahaja..maknanya sorang satu booklet je, tak boleh dapat dua tiga..

Dokumen yang diperlukan untuk redeem booklet :- 
1)  Kaki Korea Club member username and email address (tulis je dekat email yang korang print tu)
2) Salinan flight itinerary (untuk 2017, traveling period dari APRIL 2017 to MARCH 2018)
3) Salinan i/c depan belakang
4) Reference Code (print je email yang KTO send tu, senang)

kalau wakil yang tolong amekkan, dokumen yang sama jugak kena sediakan & wajib lengkapkan survey untuk dapatkan reference code..miera ingatkan lagi sekali na, 1 ACCOUNT untuk 1 BOOKLET SAHAJA..

Untuk warga KL/Selangor, korang boleh pergi redeem kat :-

Redemption locations:
1. Korea Plaza
Ground Floor, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur
Operation hours:
Mon–Fri: 10am–7pm
Sat: 10am–3pm
Closed on Sun & Malaysia public holidays

2. Korea Train eXpress (KTX) Exhibition Hall (max 15 booklets per redemption)
Lot 08-09, Level 1, NU Sentral Mall, Kuala Lumpur
Operation hours:
Mon–Sun: 10am–10pm

ni pun miera amek je pamplet yang ade kat situ..


and jangan lupa jenguk KTX Exhibition Hall kot2 dapat free coupon train kan tapi yang tahun lepas punye, tak sure 2017 punye ada ke tak..so korang kena singgah sana tau..

satu lagi kalau korang pergi KTO tu, jangan lupa amek segala pamplet, brochure ke buke ke..whatever yang ade kat situ..kadang-kadang dalam tu ade lagi voucher/coupon..amek je na, free lagipun..at least boleh guna untuk travel kan..


*Macam mana pulak kalau yang duduk luar kawasan KL/Selangor.?boleh redeem tak.?
- jawapannya BOLEH..dokumen sama macam kat atas tu, lepas tu masukkan dalam stamped envelope atau POS Laju parcel via mail..envelope mesti saiz C4 (229mm X 324mm) berstem RM 3.50 ataupun parcel POS Laju at least 280mm X 200mm atau besar (bergantung number of your redemption) 

Alamatkan envelope / parcel korang ke :-

Korea Plaza,
Korea Tourism Organization
Ground Floor,
Menara Hap Seng,
Jalan P. Ramlee
50250 KL.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT, korang boleh tengok website KTO (klik SINI) naaa...😉 website KTO ade macam-macam info kalau korang dah tak tau sangat nak pergi mana..carik je dalam website KTO tu..


KLIK SINI untuk my previous trip 2016...tq ❤


Friday, May 5, 2017

JOM.!! DETOX CARA SHAKLEE..

May 05, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Apa itu DETOX?

haaa, mungkin ade yang tak tau jugak ape itu detox kan.. detox ni ataupun nama penuhnya detoksifikasi ialah proses penyingkiran toksin dalam badan kite..

Mulakan langkah baharu dengan SET DETOX dari Shaklee dan dapatkan kelebihan detoksifikasi daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Diperbuat daripada bahan sinergi herba lembut dan nutrien lain, membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian anda secara semula jadi.

Mengapa Perlu Detox?

Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox:

✔Menurunkan Berat Badan
✔Kolon Lebih Sihat
✔Meningkatkan Tenaga
✔Mengawal Nafsu Makan
✔Kulit Lebih Cantik
✔Menguatkan Sistem Imun
✔Tidur Lebih Lena

Kelebihan Produk Shaklee Set Detox :

✔ VIVIX -  Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.

✔ DTX COMPLEX - Kandungan DTX Complex Shaklee kaya antioksida bantu rangsang baik pulih dan regenerasi sel hati dan bantu mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta mengeluarkan toksin dari badan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

✔ ALFALFA - Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral. Alfalfa juga membantu tingkatkan sistem penghadaman, melawan keasidan (asid) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan. Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfalfa Complex menjadikannya agen penyahtoksin sejak turun temurun.

✔ HERB-LAX -  Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus. Mengandungi herba-herba terpilih untuk membantu pelawasan & melancarkan sistem pencernaan.

✔ PEPPERMINT GINGER - Membekalkan herba semula jadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda. Kandungan dalam supplement ini mengurangkan angin di usus dan perut dan melancarkan proses penghadaman. miera akan suggest kat orang yang sering mual dan loya yang morning sickness untuk ambil supplement Peppermint Ginger Plus ni.

KLIK GAMBAR UNTUK BELIAN TERUS..


Untuk sebarang pertanyaan ataupun order, boleh contact miera di :-

Shaklee Independent Distributor
Amiera  (1228613)
FB : Nor Amira
Phone : 011-21818263
Email : lurvelyamier88@gmail.com